Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
28 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 27 November 2023 bersamaan hari isnin telah berlangsung satu sesi taklimat dari pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkenaan taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Taklimat ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Taklimat sedemikian merupakan antara taklimat bulanan yang dilaksanakan oleh pihak SSM kepada pihak PEDi dan usahawan yang terlibat.
Taklimat ini seperti biasa dimulakan dengan pengenalan mengenai SSM sehingga ke peringkat pendaftaran lesen perniagaan. Menurut pegawai yang terlibat, nama Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini akan ditukar kepada Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma bagi menggalakkan lebih ramai para usahawan untuk mendaftarkan lesen perniagaan masing-masing. Selain, melibatkan sesi penerangan, pihak SSM juga ada membuka untuk sesi soal dan jawab pada akhir taklimat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: